Wednesday, March 25, 2009

kisah cik misi... (^_~)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya kembali lagi...

Arinie klas tak byk sgt… lecturer pun ade yang tak masuk sbb arinie da start OSCE untuk student nursing sem 8… kepada senior-senior, gud luck! Bwat yang terbaek taw… n arinie jugak ade exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) penting taw exam nie… pandai laa sampai mane pun tapi kalo fail LJM still takley keje… kiranya exam LJM nie laa menentukan kita nie as a nurse yang di iktiraf or tak… fuhh cuak gak nie… naseb gak lambat lagi nak amek exam LJM, sem 9 kejap lagi… wait for me key!~ huhu… atleast boleh laa bwat multi-preparation utk exam LJM tuu… yelaa tym Pn. Bibi masuk klas td pun die ada cakap exam LJM kali nie susah… hmm tataw laa camne naseb senior-senior kitorg tuu… moga-moga still dapat result yg gempak… insyaAllah…

Makin naek semester, pelajaran jadi makin mencabar! Bukan susah taOw… hmm sem nie blajar tentang penyakit-penyakit, ubatan dan perawatan yang berkaitan dgn cardiac (heart) n pulmonary (lung)… huhu… contoh-contoh penyakit cardiac ade byk tapi paling femes biasanya CCF (Congestive Cardiac Failure) a.k.a kegagalan jantung… hmm kiranya dalam erti kata laen, sakit jantung laa… tapi kan, bila pas blaja baru laa saya taw yg sakit jantung nie ade banyak jenis… (kalo b4 diz taw sakit jantung je) huhu… lagi satu, penyakit berkaitan pulmonary biasenye femes kat ward ialah COPD (Cronic Obstructive Pulmonary Disease) penyakit yang ada kesekatan kronik di peparu… penyakit nie akan effect saluran pernafasan kita seperti sesak nafas laa n so on… sO, kita kena jaga betol-betol laa seluruh tubuh badan kita supaya terhindar dari sebarang penyakit… “sayangi diri sendiri sebelum menyayangi org laen”. Huhu…(nasihat nie lebih utk diri sendiri sebenarnya nie…hehe) =p

Huhu… tentang pharmacology lak agak mencabar jugak… mane nak kene hafal nama-nama ubat dalam rawatan pesakit lagi… bagi sesapa yang tataw, satu ubat tuu bukan ade satu nama je tapi byk taw, generic name lagi, trade name lagi… sume tuu kene hafal.ingat.tahu… tapi naseb baek gak tak kene hafal chemical name ubat… kalo tak, memang da boleh tukar course laa nampaknye… amek je pharmacy kan senang… haha… nak kene ingat group ubat tuu lagi… fuhh memang mencabar… W.A.J.I.B H.A.F.A.L taw… betol laa cakap org- org lame, “bukan senang nak senang tapi bukan susah nak susah”… sebabnya, kalo tak study, memang senang sgt nak fail… sumenye depends on ourselves… tepuk dada tanya akal… huhu… sbb tuu laa tak mudah nak melahirkan nurses yang B.E.R.K.U.A.L.I.T.I… huhu… (nie bukannye angkat bakul sendiri taw! Sekadar beringat-ingat…hihi)

Hmm rasanya sampai sini jelaa dulu kot… next tym sambung lagi… insyaAllah… haa b4 terlupa, sama-sama laa kita doakan smoga cepat sembuh kepada seorang sahabat saya saudara Aiman Fikri bin Abdul Rahman karena di suspect dengue fever… da dua hari da stay kat ward… stiap hari kene amek darah utk dilakukan investigation… sabar yea Aiman, mOga diberi kekuatan melawan penyakit… insyaAllah…

Hmm rasa terkesan sekali bila org-org yang rapat ngn kita masuk ward… kalo boleh, kita sendiri nak merawat… hihi… (blaja blum abes lagi :D) tuu baru org yg rapat ngan kita… bagaimana pula kalo dgn org yang kita kaseh, syg dan cinta?? Pasti kita akan cuba merawat dgn sepenuh hati kita, sedaya upaya kita… percayalah… tapi sebagai seorang nurse yang profesional, seseorang nurse itu tidak dibenarkan pilih kasih antara patient-petient mereka… hendaklah dirawat sama rata… tiada diskriminasi! Itu penting! Walaupun patient itu ada HIV +ve atau penyakit berjangkit… mereka juga manusia biasa yang memerlukan rawatan daripada kita sebagai seorang perawat… ingatlah wahai diriku… huhu…


“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan…Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi…Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan tuhan...Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...Ambillah waktu untuk memberi, itu membuatkan hidup terasa bererti...Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...”

~selamat beramal!~


+hAzWaNiSmAiL+

Monday, March 23, 2009

just me,myself n i........!~

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

i'm still here... =)

Saya suka menulis. Saya suka membaca. Saya suka berfikir. Kehidupan adalah satu realiti yang harus ditempuhi, bukan satu fantasi yang hanya hadir di alam mimpi. Kehidupan itu penuh dengan cerita. Suka, duka, gumbira, sedih, bahagia, keciwa. Semuanya merupakan ramuan+adunan yang best utk membuat kek kehidupan. Tanpa kesemua ramuan+adunan itu tidak mungkin hidup kita akan dikatakan L.E.N.G.K.A.P.

Hatiku. Merujuk kepada hati saya. Perasaan saya. Perasaan yang mungkin berubah-ubah mengikut masa dan ketika, dan mungkin juga tetap walau ada badai melanda… peh! Jiwang abes =p


Diriku. Merujuk kepada diri saya. Seorang insan yang bercita-cita untuk mencoret kanvas kehidupannya dengan warna-warna pelangi. Putih itu suci. Hitam itu menawan. Purple itu jelita. Biru itu anggun. Hijau itu indah. Merah itu berani. Kuning itu chantek.


Anganku. Merujuk kepada angan-angan saya. Tanpa angan-angan tiada cita-cita, tanpa usaha cita-cita takkan menjadi nyata. Angan-angan saya bukanlah satu angan-angan Mat Jenin tetapi angan-angan yang menuju kepada sebuah K.E.H.I.D.U.P.A.N yang lebih bermanfaat. insyaAllah.


Mimpiku. Merujuk kepada mimpi saya. Impian saya. Mimpi yang bukan hanya sekadar mimpi tetapi mimpi yang mungkin menjadi realiti suatu hari nanti. InsyaAllah. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Tanpa keazaman impian tidak menjadi kenyataan.


Cerita hidupku. Merujuk kepada ceritera hidup seorang perempuan yang dalam perjalanan berusaha menjadi hamba yang taat kepada Khaliqnya, seorang pengikut setia kepada junjunganNya, seorang anak yang menyayangi, mengasihi dan mencintai ayahbundanya, seorang kakak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan adik-adiknya, seorang pelajar yang menghormati dan menghargai pengajarnya dan seorang sahabat yang mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Semua itu hanyalah impian seorang yang bernama Hazwani yang masih berusaha menjadikan impian itu suatu kenyataan. InsyaAllah. Kesempurnaan itu bukan milik kita tetapi kita boleh berusaha menjadi yang T.E.R.B.A.I.K untuk semua.


Akhir kata, saya gumbira menjadi diri saya. Saya suka mencoret diblog ini. Saya kisah sekiranya ada yang sudi menegur, menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada diri ini tetapi saya tidak kisah sekiranya coretan ini tiada pembacanya. Jutaan terima kasih saya layangkan kata-kata ini khas untuk sahabat sematrix saya Inche Ali Hassan Mahmud kerana mempengaruhi saya dalam membuka blog ini. Dengan ucapan, “Ali, ko kene tolong ajar aku how to advance kan lagik diz blog… hihi… tapi xde upah taOw!" =p


bOoking date :


~26/03/09 thursday, hang Out + shopping kat KB mall… mau release tension… lagipun elaun baru masuk… hehe asyek2 :D


~28/03/09 & 29/03/09 Saturday n Sunday, CPR demonstration… ingat lagi x DR.ABC?? hmm… ingat2… (sesape yg masuk st.john or PBSM tym skola dlu msti taw benda alah nie…)


~30/03/09 & 31/03/09 Monday & Tuesday, cuti a.g.a.i.n!~ hari keputeraan Sultan Kelantan… Smoga Allah lanjutkan usia Tuanku (^_^) best2! Packing barang for clinical sOon… =)




+hAzWaNiSmAiL+

Saturday, March 21, 2009

first.thing.come.first.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Segala puji bagi Allah Pencipta sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda…

Alhamdulillah, bersyukur saya kpd yang Maha Esa karena dengan izinNya impian saya untuk membuka sebuah blog kesampaian jua akhirnya… tiada apa yang hendak diperkatakan buat pertama kalinya ini cuma sekadar menyatakan tujuan saya membuka blog ini… blog ini adalah berkonsepkan sesuatu tentang ‘hatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupku’

Kesemua kisah yang berkaitan dengan hidup saya akan dicoret dalam blog ini. Teringat kata-kata seorang pemimpin yang amat dikagumi sepanjang hayat saya, Allahyarham Tuan Haji Razali bin Ismail
“ semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan ”

Semalam adalah kenangan. Sebuah kenangan itu sesuatu yang cukup indah. Walaupun pahit ianya tetap terkumpul dalam ingatan di cerebrum otak. Manisnya kenangan itu akan segar dalam ingatan sepanjang masa. Hari ini adalah kenyataan. Sebuah kenyataan yang harus ditempuhi walaupun ianya tidak semanis kurma dan tidak seharum mawar. Esok adalah harapan. Sebuah harapan yang masih lagi belum pasti kenyataannya. Hidup perlu diteruskan sampaiku menutup mata!~

Sampai setakat ini sahaja coretan pertama ini. InsyaAllah laen kali bersambung lagi. Kepada yang ‘memaksa’ saya membuka blog, terima kasih diatas ‘paksaan’ kalian karena akhirnya saya berjaya menambah satu lagi ‘komitmen tidak langsung’ saya terhadap blog ini. Usaha.Tekun.Jaya =)


Kerja menunggu :
~edit assignment medical & surgical untuk Pn. Fadzilah, submit tomorrow
~siapkan powerpoint utk presentation Lung abscess.
~printout assignment Rheumatic fever for Pn. Bibi, submit tomorrow =)

Berita terkini :
~list utk penempatan clinical dah kuar, hehe… HSNZ,wait for me… clinical for 6weeks… thanx Allah, atleast dapat duk umah n xyah duk hostel =)






+hAzWaNiSmAiL+