Assalamualaikum dan salam sejahtera…
i'm still here... =)
Saya suka menulis. Saya suka membaca. Saya suka berfikir. Kehidupan adalah satu realiti yang harus ditempuhi, bukan satu fantasi yang hanya hadir di alam mimpi. Kehidupan itu penuh dengan cerita. Suka, duka, gumbira, sedih, bahagia, keciwa. Semuanya merupakan ramuan+adunan yang best utk membuat kek kehidupan. Tanpa kesemua ramuan+adunan itu tidak mungkin hidup kita akan dikatakan L.E.N.G.K.A.P.
Hatiku. Merujuk kepada hati saya. Perasaan saya. Perasaan yang mungkin berubah-ubah mengikut masa dan ketika, dan mungkin juga tetap walau ada badai melanda… peh! Jiwang abes =p
Diriku. Merujuk kepada diri saya. Seorang insan yang bercita-cita untuk mencoret kanvas kehidupannya dengan warna-warna pelangi. Putih itu suci. Hitam itu menawan. Purple itu jelita. Biru itu anggun. Hijau itu indah. Merah itu berani. Kuning itu chantek.
Anganku. Merujuk kepada angan-angan saya. Tanpa angan-angan tiada cita-cita, tanpa usaha cita-cita takkan menjadi nyata. Angan-angan saya bukanlah satu angan-angan Mat Jenin tetapi angan-angan yang menuju kepada sebuah K.E.H.I.D.U.P.A.N yang lebih bermanfaat. insyaAllah.
Mimpiku. Merujuk kepada mimpi saya. Impian saya. Mimpi yang bukan hanya sekadar mimpi tetapi mimpi yang mungkin menjadi realiti suatu hari nanti. InsyaAllah. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Tanpa keazaman impian tidak menjadi kenyataan.
Cerita hidupku. Merujuk kepada ceritera hidup seorang perempuan yang dalam perjalanan berusaha menjadi hamba yang taat kepada Khaliqnya, seorang pengikut setia kepada junjunganNya, seorang anak yang menyayangi, mengasihi dan mencintai ayahbundanya, seorang kakak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan adik-adiknya, seorang pelajar yang menghormati dan menghargai pengajarnya dan seorang sahabat yang mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Semua itu hanyalah impian seorang yang bernama Hazwani yang masih berusaha menjadikan impian itu suatu kenyataan. InsyaAllah. Kesempurnaan itu bukan milik kita tetapi kita boleh berusaha menjadi yang T.E.R.B.A.I.K untuk semua.
Akhir kata, saya gumbira menjadi diri saya. Saya suka mencoret diblog ini. Saya kisah sekiranya ada yang sudi menegur, menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada diri ini tetapi saya tidak kisah sekiranya coretan ini tiada pembacanya. Jutaan terima kasih saya layangkan kata-kata ini khas untuk sahabat sematrix saya Inche Ali Hassan Mahmud kerana mempengaruhi saya dalam membuka blog ini. Dengan ucapan, “Ali, ko kene tolong ajar aku how to advance kan lagik diz blog… hihi… tapi xde upah taOw!" =p
bOoking date :
~26/03/09 thursday, hang Out + shopping kat KB mall… mau release tension… lagipun elaun baru masuk… hehe asyek2 :D
~28/03/09 & 29/03/09 Saturday n Sunday, CPR demonstration… ingat lagi x DR.ABC?? hmm… ingat2… (sesape yg masuk st.john or PBSM tym skola dlu msti taw benda alah nie…)
~30/03/09 & 31/03/09 Monday & Tuesday, cuti a.g.a.i.n!~ hari keputeraan Sultan Kelantan… Smoga Allah lanjutkan usia Tuanku (^_^) best2! Packing barang for clinical sOon… =)
+hAzWaNiSmAiL+
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment