Saturday, March 21, 2009

first.thing.come.first.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Segala puji bagi Allah Pencipta sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda…

Alhamdulillah, bersyukur saya kpd yang Maha Esa karena dengan izinNya impian saya untuk membuka sebuah blog kesampaian jua akhirnya… tiada apa yang hendak diperkatakan buat pertama kalinya ini cuma sekadar menyatakan tujuan saya membuka blog ini… blog ini adalah berkonsepkan sesuatu tentang ‘hatiku diriku anganku mimpiku cerita hidupku’

Kesemua kisah yang berkaitan dengan hidup saya akan dicoret dalam blog ini. Teringat kata-kata seorang pemimpin yang amat dikagumi sepanjang hayat saya, Allahyarham Tuan Haji Razali bin Ismail
“ semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan ”

Semalam adalah kenangan. Sebuah kenangan itu sesuatu yang cukup indah. Walaupun pahit ianya tetap terkumpul dalam ingatan di cerebrum otak. Manisnya kenangan itu akan segar dalam ingatan sepanjang masa. Hari ini adalah kenyataan. Sebuah kenyataan yang harus ditempuhi walaupun ianya tidak semanis kurma dan tidak seharum mawar. Esok adalah harapan. Sebuah harapan yang masih lagi belum pasti kenyataannya. Hidup perlu diteruskan sampaiku menutup mata!~

Sampai setakat ini sahaja coretan pertama ini. InsyaAllah laen kali bersambung lagi. Kepada yang ‘memaksa’ saya membuka blog, terima kasih diatas ‘paksaan’ kalian karena akhirnya saya berjaya menambah satu lagi ‘komitmen tidak langsung’ saya terhadap blog ini. Usaha.Tekun.Jaya =)


Kerja menunggu :
~edit assignment medical & surgical untuk Pn. Fadzilah, submit tomorrow
~siapkan powerpoint utk presentation Lung abscess.
~printout assignment Rheumatic fever for Pn. Bibi, submit tomorrow =)

Berita terkini :
~list utk penempatan clinical dah kuar, hehe… HSNZ,wait for me… clinical for 6weeks… thanx Allah, atleast dapat duk umah n xyah duk hostel =)






+hAzWaNiSmAiL+

No comments:

Post a Comment